Hati Yang Terluka !

3:30 am in informasi

hati yang terluka

hati yang terluka

Dalam mengharungi Ramadhan yang mulia,jauh di perantauan terdengar bisik kecurangan dari insan bernama isteri..Itu lah kenyataan yang terpaksa di tanggung kerana mencari secebis rezeki dibumi ini..walau pahit dan tidak terhitung oleh fikiran yg waras kenyataan tetap kenyataan, alasan diberi cuma kesepian kerana sendirian dan sering ditiggalkan..
Ugama dan maruah tidak dapat menjadi penghalang dari kerakusan nafsu yang membara maka dua jiwa bersatu dalam hilai tawa syaitan merai kemenangan meruntuhkan maruah dua anak adam…
Bagi suami sedu tangis sang Isteri bagai racun yang mencengkam kalbu kerana puas diselidik baru kenyataan terhambur keluar apakan daya…hanya pada Allah pasrah segala moga ditunjukan jalan yang benar..amin..
cebisan dari seorang sahabat yang bekerja diluar negara..

Dah ternyata suami yang puan ceritakan tu teramat corot dalam perlaksanaan tanggungjawabnya kepada puan dan anak2. Mohon saya bertanya, selama lapan tahun, apa tindakan (tata-tertib) yang puan usahakan untuk memperbaiki kualiti kesuamian suami puan? Pernah menohon bantuan ahli keluarga yang berwibawa untuk menasihati?

Sifat sabar adalah dituntut dalam ajaran Islam. Namun jika kesabaran kita sebenarnya menyumbang kepada kemaksiatan / kemungkaran, apakah itu dibolehkan? Seorang suami / isteri / ibu / ayah, dan setiap diri kita dipikulkan tanggungjawab “amal maaruf, nahi mungkar” yang perlaksanaannya adalah pada peringkat selemah2 iman iaitu mentarbiah diri sendiri, sehingga kepada keperluan untuk interfere secara fizikal. Ambil iktibar dari kisah sahabat saya yang setelah berlembut dengan suaminya sehingga tiga tahun, akhirnya mengambil langkah yang keras dengan tujuan untuk memperbaiki kualiti suaminya, dan untuk menyelamatkan rumahtangganya.

Suami puan, puanlah yang paling arif tentang dirinya dan bagaimana mengendalikannya, dan tahu “what makes him tick!”. Juga, your marriage is your most important business, so make it your business to manage it well. Pelihara maruah dan hak Puan sebagai seorang isteri, dan sebagai seorang Muslimah yang merdeka.

Bersyukurlah Puan kerana masih diberi peluang bersuami lagi. Walau apapun sikap atau perangai dia puan tetap punyai suami.Cuba kenang nasib ibu2 tunggal yang ditinggal suami atau kehilangan suami.

Jika benar lah apa yg puan kata yang suami puan tu main kayu tiga, itu hal dia…. tanggungjawab puan menjaga anak2 jika puan mengungkit2 tentang apa yang puan
telah lakukan/berikan pada suami, itu menandakan yang Puan tidak ikhlas dan perbuatan
yang dilakukan tidak ikhlas bukan kerana Allah maka perbuatan itu sia2 tanpa mendapat
pahala dari Allah.
Mungkin Puan adalah insan terpilih oleh Allah untuk berkongsi kasih suami dengan wanita
lain, anggaplah apa yang telah berlaku itu sebagai ujian dari ALLAH untuk menguji keimanan puan pada ALLAH dan ketaatan puan SUAMI puan.
Kenapa sampai mempertikaikan di mana janji Allah lelaki yg baik utk perempuan yg baik? jodoh memang ketentuan dari Allah Ta’ala. tapi kita yang memilihnya kan? kalau orang2 baik itu tidak patut diuji kenapa pulak Nabi Noh diuji dengan seorang isteri dan anak yg tidak mahu mendengar nasihatnya?  Kalau org2 baik itu tidak patut menderita, Rasulullah s.a.w menderita sejak dari kecil. kehilangan ibu, kehilangan ayah, kehilangan datuk, kehilangan bapa saudara, isteri tercinta dan kehilangan anak lelaki.
kalaulah ukuran baik itu dijadikan sebagai satu alasan kenapa kita diuji, masih ramai manusia yg baik hati dan akhlak tapi diuji dengan berbagai2 dugaan. Ujian Allah itu mungkin dianggap sebagai hukuman dan balasan bagi setengah orang, tapi Allah dengan jelas telah bertanya di dalam al-Quran, “Adakah manusia itu menyangka mereka beriman sedangkan mereka belum diuji?”
8 tahun menderita memang agak lama, tapi ada yg menderita lebih lama dari itu. 15 tahun, 21 tahun dan mungkin ada yg menderita hingga akhir hayat. jangan dikesalkan dan rasa terkilan kerana tidak pernah enjoy masa muda. syukurlah kerana Allah memimpin kita hingga hari ini.
Bila melihat org yg tidak taat kepada Allah lebih bahagia daripada kita, bukan maknanya Allah tidak menyayangi kita. Tapi Allah menyayangi kita dengan caraNYA sendiri. kalau bersalin tidak normal itu dikatakan ujian berat, bagaimana pula dengan mereka yg bernikah berpuluh tahun tapi tidak dikurniakan langsung cahaya mata. mendapat kencing manis di umur 30 tahun itu adakah kerana salah Allah, atau kita yg bersalah kerana tidak menjaga pemakanan kita? maafkan saya dik..saya telah berjumpa dengan ramai isteri2 yg amat baik dan taat kepada Allah, tapi mereka diuji dengan berbagai2 dugaan yg amat berat. tapi mereka tidak mempertikaikan kenapa Allah mempertemukan mereka dengan suami yg begitu.
jangan dikesalkan dengan apa yg berlaku semalam..bangun dan teruskan hidup utk hari2 yg lebih cerah dan bahagia utk kita.namun jangan sesekali mempertikaikan di mana janji Allah, di mana keadilan Allah.  Kesabaran yg disertai dengan keikhlasan insyaAllah akan mendapat ganjaran yg baik. kalau tidak di dunia, di akhirat sana pasti akan mendapat balasan baik dari Allah Ta’ala.
kalau ditakhdirkan menjadi ibu tunggal atau janda….terimalah dengan redha. Mungkin Allah akan mempertemukan adik dgn org yg lebih baik dari suami yg menyiksa hati dan jiwa tu. yg penting, selalulah bersangka baik kepada Allah…dan jangan berputus asa dengan rahmat Allah.
wassalam
Dr fauziah

Perkongsian email.