{menarik} Kampung Miku Rembau di Indonesia !

9:54 pm in fakta, informasi, Pasal aku

bendera UMNO, bukan Indonesia

bendera UMNO, bukan Indonesia

Assalamulaikum.

Yeah, aku dah cuti semester. Syukur alhamdulillah dapat jawab dengan tenang soalan final exam even semester kali ini rasa malas-malas jek nak belajar.haha. Yelah, muka kawan-kawan dan cara kehidupan persekitaran yang berbeza, syukur dapat diadaptasi, bak kata orang “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.” Gua pandai berperibahasa siot,miahaha.

Em, setakat 1st sem ini geng baru sekelas agak ok dan takdalah berpuak-puak. Tak best siot kalau sekelas tapi nak berpuak. Engkau engkau, aku aku. atoyai. Life jadi student ini perlu diharungi dengan hati gembira , bukan nak bermasam sengal je kan,haha!

Panjang giler  mukadimah. Sebenarnya sehari selepas last paper hari itu, kitorang under subject FST501 (nutrition) telah buat trip ke kampung orang asli Miko ,di Rembau  Negeri 9 iaitu tanah tumpah kelahiran blogger ZARA. Ops, Zai itu bukan orang asli ye,haha. Tujuan kitorang ke tempat tersebut adalah bagi memberi serba sedikit guide atau info cara pemakanan yang betul kepada mereka mengikut sistem piramid Malaysia.

aktiviti menyumpit

aktiviti menyumpit

Pandangan pertama aku sebelum sampai ke kampung tersebut ialah rumah diperbuat dari buluh beratap rumbia. Sangkaan meleset bila sampai kesana. Mereka pun dah punyai kehidupan ala kita. Ada kereta, ada astro dan bermacam lagi. Jangan pandang sebelah mata maaa.

Memang enjoy dengan diorang ini. Semua aktiviti yang dianjurkan mendapat perhatian dan sambutan walaupun hanya “simple” dari kami.Terbaik ! Aku handle yang part sumpit. Tak sangka hampir 80% orang asli yang join permainan ini  tak reti nak sumpit menyumpit ini coz kegunaan utama sumpit bagi mereka  just untuk bunuh makhluk perosak macam monyet dan tupai. Bukan untuk mencari atau memburu makanan harian ye.

Apa yang lagi menarik bila aku FAHAM serba sedikit bahasa yang digunakan sesama mereka. Dialek dan bahasa lebih kurang dengan orang Sarawak. Nang sama gilak dengan orang sarawak klaka bha. Nak je aku tanya diorang, tapi malas pula. Ada juga salah seorang pak cik yang bagitahu bahasa diorang ada sama dengan kaum Iban tapi dia tak explain lebih lanjut daaa.

anjing yang manja,haha

anjing yang manja,haha

Dalam banyak keluarga orang asli ini hanya 1 je yang beragama Islam, so tak hairanlah anjing bersepah macam kucing coz anjing itu haiwan utama peliharaan mereka. Aku sangat takutttt,,, bukan takut kena kejar dengan anjing, tapi takut kena jilat (anjing diorang manja gile). Karang tak pasal samak najis muhalozoh nih! atoyai.

Kesimpulannya dengan adanya aktiviti ini kita akan dapat belajar dan mengetahui cara hidup mereka serba sedikit. Hidup mereka sekampung penuh dengan suka tawa riang gembira, penuh kemasyarakatan serta kerjasama berbeza dengan sesetengah kehidupan “orang bandar” yang pentingkan diri sehinggakan jiran sebelah rumah pun tak kenal nama.

Sekian terima kasih :D

credit gambar Shupai Photography.